fbpx

PRN Johor : Ahmad Maslan jadi pengundi pertama di SK Seri Bahagia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan menunjukkan jari selepas membuang undi di SK Seri Bahagia, Benut, Pontian, Johor hari ini.

PONTIAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjadi pengundi pertama di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bahagia, Benut, pagi ini.

Beliau yang tiba pada pukul 7.59 pagi terus ke pusat pendaftaran di pekarangan berkenaan.

Ahmad Yang juga Ahli Parlimen Pontian mengambil masa lima minit bagi melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Kerusi Dewan Undangan Negeri Benut menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Datuk Seri Hasni Mohammad (BN), Datuk Isa Ab.Hamid (PN) , Haniff@Ghazali Hosman (PKR) Dan Noor Iskandar Ibrahim (Pejuang).-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI