fbpx

Fakta Sukan Kosmo!: Pintar dalam dan luar padang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEMAKIN ramai pemain bola sepak Malaysia bukan sahaja pintar di atas padang, namun turut bijak pandai dalam akademik bahkan memiliki sijil pendidikan tertinggi.

SEIRING peredaran semasa, cara permainan ataupun kematangan diri ketika di luar padang seseorang pemain bola sepak era moden nyata tidak boleh lagi dibandingkan dengan zaman dahulu.

Jika dulu ada stigma mengatakan pemain bola adalah ‘budak kelas belakang’, namun sejak 20 berlalu tanggapan itu mula ditangkis dan makin ramai penggiat bola sepak terdiri daripada mereka amat cemerlang dalam akademik.

Jika di luar negara, komuniti bola sepak antarabangsa berasa bangga dengan pencapaian akademik barisan bintang seperti Romelu Lukaku, Simon Mignolet, Juan Mata, Vincent Kompany dan Giorgio Chiellini, Malaysia juga tidak ketinggalan apabila sudah ramai pemain atau bekas pemain memiliki sijil pendidikan tertinggi.

Secara tidak langsung, kelulusan pendidikan tinggi yang dimiliki boleh membuka peluang kerjaya lebih luas buat pemain dan bukannya bergantung kepada bola sepak sekiranya sudah menggantung but.

Justeru itu, Fakta Sukan Kosmo! menyenaraikan lapan pemain dan bekas pemain tempatan yang memiliki tahap pendidikan di peringkat universiti tempatan mahupun luar negara.

ASNAN AHMAD

Nama: Asnan Ahmad
Tarikh lahir: 3 Mei 1993
Asal: Kedah
Posisi: Tengah
Pasukan: Kedah Darul Aman FC
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian Sukan Rekreasi (UKM)

HARIS SAFWAN KAMAL

Nama: Mohd. Haris Safwan Mohd. Kamal
Tarikh lahir: 8 Jun 1982
Asal: Terengganu
Posisi: Penyerang
Pasukan: Bekas pemain kebangsaan
Pendidikan: Ijazah Sains Sukan (UM)

BRYAN SEE TIAN KEAT

Nama: Bryan See Tian Keat
Tarikh lahir: 22 Jun 1993
Asal: Selangor
Posisi: Penjaga gol
Pasukan: Penang FC
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam, Universiti Johns Hopkins (JHU), Amerika Syarikat

MOHAMAD HISYAMUDIN MOHAMED SHA’ARI

Nama: Mohamad Hisyamudin Mohamad Sha’ari
Tarikh lahir: 5 September 1987
Asal: Kuala Lumpur
Posisi: Pertahanan
Pasukan: UiTM FC
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (UiTM)

AMIRIDZWAN TAJ TAJUDDIN

Nama: Amirizdwan Taj Tajuddin
Tarikh lahir: 30 Mac 1986
Asal: Kelantan
Posisi: Pertahanan
Pasukan: Armed Force F.C
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (UiTM)

MAHALLI JASULI

Nama: Mahalli Jasuli
Tarikh lahir: 2 April 1989
Asal: Selangor, Malaysia
Posisi: Pertahanan
Pasukan: PJ City FC
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia (UPM)

MOHD. BUNYAMIN UMAR

Nama: Mohd. Bunyamin Umar
Tarikh lahir: 7 Januari 1988
Asal: Kedah
Posisi: Pertahanan, tengah
Pasukan: Bekas pemain kebangsaan
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Sumber Manusia (UPM)

K. REUBEN

Nama: Reuben Thayaparan Kathiripillai
Tarikh lahir: 2 April 1990
Asal: Selangor
Posisi: Pertahanan, tengah
Pasukan: Sarawak United
Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Sains & Teknologi Maklumat (UKM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI