fbpx

PRN Johor: 1,021 pusat mengundi, 4,638 saluran dibuka esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas SPR menunjukkan beg SPR sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15 esok di Dewan JKR, Johor Bahru hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Sebanyak 1,021 pusat mengundi akan dibuka esok bagi menjalankan proses membuang undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

“Hari ini SPR menjalankan semakan peralatan mengundi seperti peti undi, dakwat pilihan raya, kertas undi, petak undi dan sebagainya untuk kegunaan proses pengundian yang akan dijalankan esok.

“Semakan ini bagi memastikan semua peralatan dan kelengkapan bagi pengundian dalam keadaan baik. Peralatan ini diagihkan kepada Ketua-Ketua Tempat Mengundi (KTM),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ikmalrudin berkata, seramai 2,539,606 pengundi biasa bakal mengundi untuk memilih wakil rakyat di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jelasnya, SPR menasihatkan pengundi agar keluar mengundi mengikut masa keluar mengundi yang digalakkan seperti mana yang tercatat pada aplikasi MySPR Semak.

“SPR juga ingin mengingatkan kepada para majikan supaya membenarkan pekerja mereka keluar mengundi sepertimana diperuntukan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Ikmalrudin juga memberitahu, SPR memberi peringatan agar semua pihak yang bertanding bahawa tempoh rasmi berkempen akan tamat pada malam ini iaitu sehingga 11.59 minit malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI