fbpx

45 nyaris maut bas kilang terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan bomba memeriksa keadaan bas kilang yang terbabas sebelum terbalik dalam kejadian di Jalan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Seramai 45 pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik dalam kejadian berhampiran sebuah hospital swasta di Jalan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 8.30 malam itu, 10 mangsa mengalami kecederaan ringan manakala 35 lagi terselamat.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Azami Yaakob berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.39 malam.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas kilang terbabas dan terbalik.

“Terdapat 45 mangsa di dalam bas berkenaan dan 10 daripada mereka mengalami cedera ringan. Orang awam membantu mengeluarkan mangsa sebelum PKO tiba,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Azami berkata, kesemua mangsa cedera dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan lanjut.

Jelasnya, selain BBP Tebrau, operasi turut dibantu BBP Larkin dan BBP Kempas dengan kekuatan 24 anggota. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI