fbpx

Wanita batal perkahwinan saat akhir kerana pengantin lelaki botak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengantin perempuan tersebut pengsan serta-merta dan sejurus kembali sedar, dia enggan meneruskan upacara perkahwinan. – Unsplash

NEW DELHI – Seorang pengantin perempuan di India membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan pada saat-saat akhir selepas mendapat tahu bahawa calon suaminya berkepala botak, lapor laman Oddity Central semalam.

Dalam kejadian di daerah Kanpur, pengantin wanita berkenaan dilaporkan enggan mengahwini pengantin lelaki kerana dia tidak mempunyai rambut.

Menurut akhbar Times of India, majlis perkahwinan mereka berjalan dengan lancar pada awalnya dengan upacara perarakan pertukaran kalungan telah pun dilakukan.

Bagaimanapun, wanita tersebut menyedari bahawa calon suaminya sering membetulkan penutup kepala tradisional yang dipakainya.

Dia kemudian memberitahu perkara itu kepada salah seorang ahli rombongan perkahwinan. Individu itu kemudian membalas bahawa ia mungkin kerana lelaki berkenaan memakai rambut palsu.

Wanita itu kemudian dilaporkan bertanyakan hal itu kepada pengantin lelaki yang seterusnya mengakui bahawa dia berkepala botak.

Terkejut dengan pengakuan itu, pengantin perempuan tersebut pengsan serta-merta dan sejurus kembali sedar, dia enggan meneruskan upacara perkahwinan dengan menegaskan bahawa dia tidak akan sesekali mengahwini lelaki botak.

Selepas gagal dipujuk, keluarganya akhirnya akur dan membatalkan majlis tersebut serta menuduh keluarga pengantin lelaki menipu mereka.

Kedua-dua keluarga kemudian membuat laporan polis bagi kes itu dengan menuduh masing-masing melakukan penipuan. Kes tersebut bagaimanapun akhirnya ditutup selepas mereka bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI