fbpx

Ubat sakit tekak pesakit Covid-19 naik harga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar harga ubat gula-gula Difflam Anti-Radang Lozenges yang dijual dengan harga RM108 sekotak.

PETALING JAYA – Isu harga ubat yang semakin mahal menjadi antara topik hangat diperdebatkan dalam kalangan pengguna.

Terdahulu, kecoh mengenai ubat parasetamol yang telah kehabisan bekalan sejak Januari lalu sehingga meresahkan orang ramai terutama pesakit Covid-19.

Sejak semalam pula, pengguna Twitter mula berkongsi harga ubat gula-gula Difflam Anti-Radang Lozenges yang semakin mahal sehingga melebihi RM100 sekotak sedangkan harga asal sekitar RM16.

Menurut ciapan @HausofHilton, kebanyakan ubat tersebut yang khas buat pesakit yang mengalami masalah gatal tekak dan batuk sukar untuk dibeli di kedai ubat-ubatan atau farmasi kerana bekalan yang terhad dan semakin berkurang.

“Difflam Anti-Radang Lozenges habis dijual merata-rata sampai ada yang naikkan harga jadi RM100 sekotak di online,” ciapnya.

Dalam pada itu, perkongsiannya turut mendapat perhatian ramai dan rata-ratanya meluahkan kekecewaan apabila harga ubat di pasaran semakin mahal sehingga membebankan mereka yang memerlukan.

“Sebelum ini harga ubat tu sekotak RM16 sahaja, sekarang semak nak beli baru dah naik sehingga RM108 yang dijual secara atas talian,” ciap Idzwa.

“Memang ubat sekarang makin mahal, jadi orang yang sakit sekarang ini kena ikhtiar berubat cara tradisional sebab semua ubat makin mahal, memang dah tak mampu la golongan pendapatan rendah macam saya ini,” luah Adlan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI