fbpx

BN dekati pengundi dalam kempen pusingan akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

MERSING: Barisan Nasional (BN) akan memfokuskan kepada kempen bersemuka calonnya bagi mendekati lebih ramai pengundi di kawasan mereka, dalam kempen pusingan akhir yang berbaki dua hari lagi.

Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata gerak kerja jentera pilihan raya parti juga akan dipercepatkan bagi memastikan kesemua 56 calon BN dapat bertemu dengan lebih ramai pengundi.

“Lagi dua hari sebelum kempen PRN Johor berakhir, BN mahu setiap calon bertemu dengan sebanyak mungkin pengundi di kawasan DUN masing-masing.

“Oleh itu, kempen BN sekarang lebih kepada ‘visibility’ kehadiran calon yang dapat dilihat pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian Majlis Penyerahan Benih Padi IS21 kepada Komuniti Endau.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Hadir sama, Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Mengulas lanjut, Dr. Adham yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), berkata jentera BN bagi PRN Johor paling berstruktur kerana sudah menjalani latihan simulasi.

Selain itu, katanya, jentera BN juga mampu menjalankan kempen mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19.

“BN pada asasnya kukuh, jika kita lihat di Johor sahaja UMNO mempunyai sebanyak 2,400 cawangan. Itu tidak termasuk MCA dan MIC.

“Jentera pilihan raya BN paling berstruktur kerana mereka telah dilatih menghadapi sebarang pilihan raya negeri, pilihan raya umum dan pilihan raya kecil,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI