fbpx

BDR bagi penjawat awam yang kematian pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Penjawat awam yang baharu kematian suami atau isteri akan diberikan kemudahan bekerja dari rumah (BDR) selama tempoh tidak melebihi dua minggu berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerusi surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah hari ini.

Mohd Shafiq berkata, penambahbaikan dasar BDR itu dibuat berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.2 : Dasar Bekerja Dari Rumah bagi pegawai Perkidmatan Awam Persekutuan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2021.

Beliau berkata, ketua jabatan perlu mempertimbangkan kemudahan itu sebaik sahaja tempoh tiga hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) telah digunakan.

“Ketetapan baharu itu dibuat selaras hasrat kerajaan untuk memberi perhatian dalam aspek kebajikan pegawai perkhidmatan awam dan dalam masa yang sama perlu meningkatkan kualiti, produktiviti dan penyampaian perkhidmatan.

“Ia juga selaras dengan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena sambutan Hari Wanita 2022 pada 8 Mac lalu,” katanya.

Katanya, tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat Mingguan, dan Hari Kelepasan Am tertakluk kepada pertimbangan Ketua Jabatan dan penerimaan pihak berkuasa masing-masing. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI