fbpx

Tunjuk kertas undi, Jae-joong dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM JAE-JOONG

PENYANYI popular, Kim Jae-joong atau lebih dikenali sebagai Jae-joong dikecam teruk kerana disyaki melanggar undang-undang pilihan raya di Korea.

Ahli kumpulan JYJ itu bertindak memuat naik gambar dalam Instagram menunjukkan kertas undian miliknya bagi pilihan raya di Korea Selatan untuk tahun 2022.

Penyanyi merangkap pelakon terbabit meletakkan kapsyen gambar ‘Mari pakat mengundi’ dan ‘Selesai mengundi’.

Susulan itu, ramai pihak mula mengecam pelantun lagu Just Another Girl itu kerana menjadi kesalahan undang-undang bagi seseorang memuat naik gambar di bilik mengundi.

Walaupun tindakannya sekadar untuk menunjukkan telah selesai mengundi selain menggalakkan orang lain menjalankan tanggungjawab mengundi, Jae-joong masih menerima kecaman hebat.

Sementara itu, ramai pihak menasihati penyanyi itu supaya lebih berhati-hati kerana memuat naik gambar kertas undian dalam media sosial dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sehingga dipenjara dua tahun atau denda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI