fbpx

Kumpul data di Antartika guna anjing laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANJING laut yang dipasang peranti pemantau bagi membantu penyelidik mengkaji hidupan di bawah lapisan ais di Antartika.

SEKUMPULAN saintis dari Jepun yang bertugas di Institut Penyelidikan Kutub Kebangsaan telah memasang alat pemantau seberat 580 gram pada lapan ekor anjing laut di kawasan Antartika.

Alat itu dipasang bagi membantu mereka menyelidik hidupan di bawah lapisan ais di situ.

Ketua penyelidik institut berkenaan, Nobuo Kokubun berkata, ia memudahkan mereka untuk mengesan corak tingkah laku dan ekologi haiwan di kawasan itu.

Katanya, badan haiwan itu dipasang peranti pemantau berbentuk seakan-akan topi keledar berantena dengan dilengkapi alat kekonduksian, suhu dan sensor kedalaman.

“Melalui kaedah ini, kami dapat mengumpul data seperti suhu air dan tahap kemanisan air di kawasan yang mempunyai persekitaran sangat melampau.

“Semasa musim panas, kami boleh ke Antartika menaiki kapal pemecah ais untuk melakukan penyelidikan.

“Tetapi semasa musim sejuk, ia agak mustahil untuk dibuat, jadi solusinya adalah memasang peranti tersebut pada anjing laut,” katanya.

Salah seekor anjing laut yang dipasang alat itu mengembara sehingga 633 kilometer di kawasan Antartika.

Selain itu, ada anjing laut yang direkodkan menyelam hingga kedalaman sehingga 700 meter.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI