fbpx

Majlis Perundingan Koperasi Kariah Masjid bakal dibentuk – Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (dua dari kanan) meninjau gerai sempena Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan di Hotel Movenpick KLIA, Sepang, hari ini.

SEPANG – Kerajaan akan menubuhkan Majlis Perundingan Koperasi Kariah Masjid dalam masa terdekat untuk memperkasakan lagi gerakan koperasi yang melibatkan masyarakat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, majlis itu bakal membentuk dasar, rancangan dan inisiatif berkaitan pembangunan koperasi berkenaan.

”Insya-Allah, kita memang bersedia untuk mewujudkan majlis konsultasi tersebut yang akan dapat bertukar idea bernas ke arah menjayakan sasaran banyak koperasi kariah,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2022 di Hotel Movenpick KLIA, di sini hari ini.

Pada ketika ini hanya terdapat sebanyak 462 buah koperasi kariah masjid telah didaftarkan SKM dengan melibatkan keahlian sekitar 38,000 anggota dan jumlah aset melebihi RM29 juta.

Mengulas lanjut, Idris berkata, majlis berkenaan akan dianggotai bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kementerian berkaitan dan pihak berkuasa agama peringkat negeri.

“Kita harus sedar koperasi kariah masjid main peranan besar dalam memenuhi isu keperluan ummah kepada produk halalan toyyiban yang masih banyak peluang belum diisi,” katanya.

Beliau memberi contoh bekalan lembu korban setiap kali Hari Raya Aidiladha yang ditampung penternak bukan Islam sedangkan potensi itu sepatutnya diteroka koperasi kariah masjid.

Justeru, beliau menyeru agar lebih banyak masjid di negara ini yang belum lagi menubuhkan koperasi kariah untuk tidak melepaskan peluang itu sebagai agenda tuntutan fardu kifayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI