fbpx

Angkasa sasar 10,000 masjid, surau tubuh koperasi kariah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah

SEPANG – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyasarkan sejumlah 10,000 buah masjid dan surau di negara ini bakal menubuhkan koperasi kariah.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, keyakinan itu berdasarkan potensi besar dalam jangka panjang yang mampu menggerakkan aktiviti masyarakat setempat.

“Setakat ini, pihak Angkasa sudah pun berjaya mengenal pasti sekitar 10,000 buah masjid dan surau seluruh negara secara berperingkat untuk penubuhan koperasi kariah,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri penutup Konvensyen Koperasi Kariah Masjid Peringkat Kebangsaan 2022 di Hotel Movenpick KLIA, di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad merasmikan konvensyen berkenaan dan disaksikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Muslimin Yahya.

Mengulas lanjut, Abdul Fattah berkata, setakat ini hanya 462 buah koperasi kariah masjid telah didaftarkan SKM dengan keahlian 38,000 anggota dan jumlah aset yang melebihi RM29 juta.

“Bilangan ini sebenarnya masih kecil lagi kerana di seluruh negara, kita ada 6,514 buah masjid dan 18,279 buah surau yang direkodkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” katanya.

Justeru ujarnya, bagi mencapai matlamat tersebut, Angkasa menetapkan sasaran minimum 10 peratus daripada jumlah keseluruhan premis itu setiap tahun menubuhkan koperasi kariah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI