fbpx

Alasan kemesraan Jennie, Lee Jung-jae

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JENNY dan Lee Jung-jae.

RAMAI peminat terkejut apabila pelakon tersohor, Lee Jung-jae berkongsi mempunyai hubungan mesra dan sedang intim dengan penyanyi idola popular, Jennie Blackpink.

Baru-baru ini Lee Jung-jae telah memuat naik sebuah video di Instagram peribadinya sedang membuka sebuah hadiah yang diterima daripada Jennie. Pelakon Squid Game berusia 50 tahun itu menunjukkan persahabatan baik dengan Jennie apabila membuat kapsyen terima kasih dan meletakkan tanda Instagram milik Jennie bagi menghargai pemberian penyanyi itu. Selain itu, dapat dilihat Jennie telah memberi hadiah kotak berwarna ungu bersama sejambak bunga dan kaca mata daripada syarikat penaja Jennie.

Terdahulu, Jennie pernah berkongsi bahawa ibunya merupakan peminat fanatik Jung-jae sehingga sanggup menamakan Jennie sempena watak Lee Jung-jae dalam drama Sandglass sebagai Baek Jae-hee. Kata Jennie, ibunya ingin menamakannya sebagai Jae Hee, namun ditukar kepada Jennie yang mempunyai cara sebutan yang sama kerana berjantina perempuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI