fbpx

Lee Jung-jae nafi ditawar berlakon filem Marvel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE JUNG-JAE

SEJAK beberapa nama pelakon Korea Selatan mula mencipta profil dalam industri perfileman Hollywood, timbul keterujaan dalam kalangan peminat untuk melihat artis pujaan mereka mengambil giliran.

Terkini, aktor popular yang mencipta fenomena menerusi siri Squid Game iaitu Lee Jung-jae dikhabarkan akan menyertai sebuah filem terbitan Marvel.

Desas-desus tersebut mula bertebaran selepas sebuah akaun Twitter menulis ciapan dengan berkata, Jung-jae menerima tawaran daripada Marvel.

Biarpun belum sahih, ciapan tersebut pantas menuai perhatian peminat yang mula membuat ramalan bahawa Jung-jae akan berlakon dalam filem Shang Chi 2 atau Spiderman.

Sayang seribu kali sayang, harapan peminat dileburkan dengan kenyataan balas daripada aktor itu sendiri yang tampil menafikan khabar angin tersebut.

“Berita itu palsu. Seorang pempengaruh media sosial dari luar negara menulis khabar angin itu dalam media sosialnya. Mungkin sekadar untuk suka-suka.

“Tetapi gosip itu ditulis sebagai satu fakta. Bagaimanapun, saya tidak pernah menerima tawaran daripada Marvel,” nafinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI