fbpx

‘Teaser’ Squid Game 2 bikin peminat meremang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Squid Game musim kedua akan ditayangkan tahun ini namun masih belum mempunyai tarikh tayangan rasmi.

BERITA pelancaran siri popular Netflix, Squid Game 2 menerusi teaser pendek yang dijadualkan disiarkan tahun ini membuatkan peminat tidak senang duduk.

Bukan sahaja video teaser, paparan foto musim baharu drama bersiri yang pernah mencetuskan fenomena itu juga sudah tersebar meluas.

Dalam video berdurasi lima saat itu, watak utama iaitu Lee Jung-jae dilihat sedang bercakap telefon dengan seseorang dalam nada ingin membalas dendam.

Bagi musim kedua, pelakon Lee Jung-jae yang memegang watak sebagai Sung Ki-hoon memilih untuk tidak sertai anak perempuannnya di Amerika Syarikat.

Hal ini kerana, dia mahu mengejar matlamat selepas dikaitkan dengan permainan maut yang dimenanginya dalam musim pertama.

Sementara itu, dalam foto yang dimuat naik menerusi Instagram rasmi siri tersebut memaparkan watak baharu lakonan Park Gyu-young direkrut sebagai pemain baharu.

Rata-rata peminat nyata tidak sabar menunggu tayangan musim baharu memandangkan sudah hampir dua tahun menunggu musim baharu drama tersebut.

“Kami sangat bersedia untuk menonton Squid Game musim kedua,” kata peminat dengan teruja.

“Video ‘teaser’ baru sahaja dilancarkan dua minit. Saya menunggu hampir tiga tahun untuk menonton drama ini,” ujar penonton.

“Squid Game 2 adalah antara nashkah yang sangat dinanti-nantikan di Netflix pada tahun ini,” tutur pengikut.

Bagaimanapun, Squid Game 2 masih belum mempunyai tarikh tayangan perdana tetapi bakal dilancarkan pada tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI