fbpx

188 kes Covid-19 kategori 3,4 dan 5 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 188 kes daripada 26,856 kes jangkitan harian Covid-19 yang dilaporkan semalam adalah melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 10,160 kes (37.83 peratus) dan kategori dua sebanyak 16,508 kes (61.47 peratus).

Ujar beliau, kategori tiga pula sebanyak 81 kes (0.30 peratus), kategori empat sebanyak 57 kes (0.21 peratus) dan kategori lima 50 kes (0.19 peratus).

“Daripada 188 kes kategori tiga, empat dan lima, 63 kes (33.51 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 80 kes (42.55 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 45 kes (23.94 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Selain itu, 103 kes (54.79 peratus) berusia 60 tahun dan ke atas, 83 kes (44.15 peratus) mempunyai komorbid dan 3 kes (1.60 peratus) ibu mengandung,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, sebanyak 30,726 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 3,311,854 kes serta 368 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi manakala, 223 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI