SERDANG – Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay antara penerima Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448H/2026 bagi kategori Tokoh Wira Negara hari ini.
Selain itu, penerima lain ialah guru agama Abdul Hamid Chin (Tokoh Agamawan); Ketua Unit Perkhidmatan OKU, Pejabat Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Penglibatan Komuniti) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Ruzita Mohd Amin (Tokoh Wanita Madani); dan bekas Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir (Tokoh Saintis/Inovatif Kreatif).
Turut menerima Anugerah Maulidur Rasul ialah Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (Tokoh Belia Harapan), pesara buruh Laman Yasim (Tokoh Keluarga Mithali) dan Pempengaruh media sosial Muhammad Mikhael Sathyah (Tokoh Khas (Saudara Baru Cemerlang)). – KOSMO! ONLINE














