fbpx

Zelenskyy gesa AS boikot minyak Rusia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zelenskyy bercakap dalam satu sidang akhbar bersama yang diadakan dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz selepas satu mesyuarat di Kiev pada 14 Februari lalu. - EPA-EFE

KIEV – Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menggesa Amerika Syarikat (AS) agar menghentikan pembelian minyak dari Rusia dalam satu mesyuarat menerusi aplikasi Zoom dengan ahli Kongres pagi semalam, lapor agensi berita United Press International kelmarin.

Beliau mengemukakan gesaan itu sebagai salah satu cara untuk mengenakan sekatan lebih ketat ke atas Moscow.

Senator Dan Sullivan mengulangi gesaan itu dalam satu kenyataan selepas mesyuarat tersebut dengan menegaskan bahawa menghentikan pembelian minyak dari Rusia adalah satu langkah sekatan yang paling berkesan. 

Ia bahkan dilaporkan lebih berkuasa berbanding menyekat Moscow daripada sistem pembayaran antarabangsa SWIFT.

Beliau seterusnya menyeru Presiden Joe Biden agar memberi perhatian kepada ‘presiden yang berani’ itu serta menyekat import minyak dan gas dari Rusia.

Sementara itu, Senator Ted Cruz memaklumkan bahawa pentadbiran Biden perlu melaksanakan embargo minyak dan gas ke atas Rusia selain Kongres akan berusaha untuk terus menyediakan pakej-pakej bantuan kepada Ukraine.

“President Zelensky menyatakan bahawa langkah pemboikotan itu merupakan sekatan paling berkesan yang boleh dilaksanakan setakat ini. Ia juga satu-satunya sekatan ekonomi yang boleh menjejaskan keupayaan Rusia untuk meneruskan serangan ketenteraannya,” kata Cruz. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI