fbpx

Steinbruckner dilantik sebagai Pengarah Teknikal TFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEINBRUCKNER

TERENGGANU FC (TFC) mendapat tonik berharga menjelang sepak mula Liga Super malam ini dengan pelantikan jurulatih Croatia, Tomislav Steinbruckner sebagai pengarah teknikal baharu.

Bekas pengendali T-Team (kini dikenali sebagai TFC II) itu berperanan untuk memperkemaskan aspek teknikal dan memantapkan barisan kejurulatihan TFC yang dikemudi Mohd. Nafuzi Zain.

Steinbruckner yang pernah mengemudi T-Team pada musim 2015 berkata, kepulangan ke Terengganu buat kali kedua ibarat sirih pulang ke ganggang.

“Saya terdorong untuk menggalas tugas Pengarah Teknikal TFC selepas melihat corak permainan mengagumkan yang di­terapkan Mohd. Nafuzi.

“Ia secocok dengan falsafah bola sepak yang diterapkan saya. Sentuhannya (Mohd. Nafuzi) membawa masuk pemain-pemain muda berkualiti telah memperkuatkan TFC,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Steinbruckner berkata, beliau akan bekerjasama erat dengan Mohd. Nafuzi bagi memperkemaskan lagi elemen kejurulatihan TFC.

Ujar beliau, mereka akan be­kerja keras untuk memastikan TFC meraih keputusan lebih baik bagi Liga Malaysia musim ini.

“Saya sedar harapan tinggi disandarkan pengurusan TFC. Fokus utama saya kini untuk membantu skuad ini kekal di landasan tepat. Kita juga menyasar untuk mara ke peringkat lebih tinggi pada musim baharu ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI