fbpx

Murid digalakkan berpakaian seragam ke sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi ketika mengadakan lawatan ke sekolah sebelum ini. Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan murid supaya memakai pakaian seragam sekolah apabila sesi persekolahan baharu dibuka pada 21 Mac ini.

Namun, kelonggaran diberikan kepada murid yang tidak mempunyai pakaian yang sesuai dan mereka akan diberi kelonggaran untuk hadir ke sekolah dengan pakaian sopan juga bersesuaian.

Menteri Kanan (Pendidikan) Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, seperti sesi persekolahan sebelumnya, ibu bapa yang memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin.

“Bagaimanapun, ibu bapa dan penjaga perlu memaklumkan ketidakhadiran murid kepada pihak sekolah untuk tujuan rekod,” katanya menerusi satu rakaman video di laman Facebook beliau, hari ini.

Katanya, bagi ujian saringan kendiri Covid-19 pula, 10 peratus daripada murid sekolah rendah akan menjalani ujian kendiri di rumah.

Radzi berkata, pihak sekolah akan bekalkan kit ujian kendiri kepada murid berkenaan dan melaksanakan ujian itu di rumah sebelum memaklumkan keputusannya kepada pihak sekolah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI