fbpx

110,000 ubat antiviral Paxlovid akan tiba bulan ini – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin ketika berucap di Persidangan Tahunan ke-16 Dialisis 2022 anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) hari ini.

PETALING JAYA – Sebanyak 110,000 unit ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer untuk merawat Covid-19 akan tiba di Malaysia Mac ini.

Kenyataan itu disahkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar selepas menghadiri Persidangan Tahunan ke-16 Dialisis 2022 anjuran Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) hari ini.

Jelasnya, perjanjian dengan syarikat farmaseutikal itu telah dimuktamadkan Februari lalu bagi perolehan pertama yang dijangka tiba dalam tempoh dua minggu lagi bagi kegunaan merawat pesakit berisiko tinggi.

Tambah Khairy Jamaluddin, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menambah pembelian ubat berkenaan sekiranya ia terbukti berkesan merawat virus Covid-19.

“Mungkin dalam dua minggu lagi kita akan terima ubat itu, perolehan yang pertama kita telah beli untuk 110,000 pesakit dan akan diberi kepada golongan berisiko tinggi.

“Kalau kita dapati bahawa penggunaan ubat ini berkesan seperti mana maklumat yang telah kita terima kita akan tambah pembelian ubat ini,” katanya menerusi sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memaklumkan menerusi penggunaan ubat antiviral itu, negara telah mempunyai senjata baharu selain vaksin untuk beralih ke fasa endemik.

“Sebelum ini tiada ubat antiviral, hanya vaksin sahaja.

“Jadi senjata yang kita ada melawan pandemik ini semakin banyak, ini mendorong saya terus menekankan proses pemulihan negara dan fokus Sistem Kesihatan Awam serta swasta, tidak hanya menumpukan kes COVID-19, tetapi bukan COVID-19 juga,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI