fbpx

Selhac platform promosi makanan halal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Pengeluar kicap dan sos masakan, Mahsuri Food Sdn. Bhd. (Mahsuri Food) menyokong inisiatif kerajaan Selangor dalam mengembangkan perniagaan industri makanan halal di negara ini menerusi penganjuran Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) di Pusat Konvensyen Shah Alam bermula hari ini sehingga Ahad.

Ketua Komersil Mahsuri Food, Mohd. Jazri Ikmal Hijaz berkata, persidangan berkenaan menjadi platform bagi memperkenalkan produk syarikat kepada peniaga industri halal.

“Produk kami bukan sahaja diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), malah ia turut dikilangkan di sini, iaitu di Shah Alam.

“Selain pengguna di rumah, kami percaya semua produk Mahsuri Food sesuai digunakan oleh pengusaha makanan tempatan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Mohd. Jazri, pihaknya kini giat mencari peluang eksport ke pasaran halal antarabangsa dan buat masa ini, produk Mahsuri telah memasuki pasaran Singapura, Brunei dan Indonesia.

Kerajaan Selangor membelanjakan sejumlah RM300,000 bagi menjayakan penganjuran sulung Selhac yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 9.30 malam, melibatkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan.

Selhac disertai 170 syarikat daripada pelbagai industri halal yang terdiri daripada enam kluster iaitu makanan dan minuman, kesihatan dan farmaseutikal, kecantikan dan penjagaan diri, hospitalisasi dan pelancongan serta fesyen sopan dan ramuan.

Ia dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI