fbpx

RM3.7 juta diperuntukan untuk bantu mangsa bah Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pekan Kuala Berang yang terjejas banjir baru-baru ini.

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyediakan peruntukan khas berjumlah RM3,776,350 untuk membantu ribuan mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menterinya, Datuk Idris Ahmad berkata, ia termasuk sumbangan terbesar sebanyak RM2.6 juta yang diperuntukan daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Tidak ketinggalan lima lagi agensi antaranya iaitu Yayasan Taqwa dengan RM350,000, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) RM310,000 dan Lembaga Tabung Haji (RM300,000).

Baki selebihnya disumbangkan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) sebanyak RM165,350 dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) iaitu RM51,000.

“Insya-Allah saya akan memastikan semua peruntukan diumumkan ini sampai kepada semua penerima tanpa kira kaum, agama dan latar belakang di dua negeri berkenaan,” katanya sebelum melepaskan Misi Bantuan Banjir Skuad Musaadah Keluarga Malaysia di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Sejumlah 10 buah kenderaan dengan 40 peserta bertolak yang membawa keperluan harian meliputi bahan makanan kering, beras, selimut, tilam, al-Quran, kit solat dan sebagainya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI