fbpx

Jakim siasat sotong ring didakwa diperbuat daripada dubur babi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) masih menyiasat isu tular di media sosial berhubung gambar gegelang sotong (sotong ring) yang didakwa diperbuat daripada dubur atau usus babi.

Timbalan Ketua Pengarahnya (Dasar), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu tular berkenaan dan sedang menyiasat lanjut.

Tangkap layar mesej tular yang mendakwa gegelang sotong diperbuat daripada dubur atau usus babi.

“Untuk makluman, perkara ini sedang dalam siasatan Jakim bersama beberapa Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) serta Kementerian Perdagangan Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Jakim memohon semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sehingga hasil siasatan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa berkenaan.

Sebelum ini, kecoh di media sosial susulan gambar tular mengenai gegelang sotong yang didakwa dihasilkan daripada bahagian babi.

Dakwa individu itu, produk berkenaan tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur khinzir. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI