fbpx

50 motosikal, 4 kereta musnah dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara kenderaan yang musnah akibat kebakaran di PPR Intan Baiduri awal pagi tadi. - Foto IHSAN BOMBA KL

KUALA LUMPUR – Sebanyak 50 buah motosikal dan empat buah kereta musnah dalam satu kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Intan Baiduri di sini awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, kejadian berlaku pukul 4.22 pagi membabitkan kedai bengkel di kawasan berkenaan.

“Seramai 15 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang serta Gombak Selatan telah dikerah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, api sedang marak menyebabkan 50 buah motosikal dan empat buah kereta yang diletakkan di kawasan parkir musnah seratus peratus,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pasukan bomba mengambil masa selama tujuh minit bagi mengawal kebakaran tersebut dengan menggunakan dua aliran bantu mula.

“Kebakaran tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan mangsa. Punca kejadian masih dalam siasatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI