fbpx

Tindakan tegas sebar berita palsu berkenaan banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi (kiri) meninjau kerja-kerja pasca banjir di sebuah rumah penduduk di Air Putih, Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu berkaitan banjir besar melanda Pantai Timur sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, pihak mengesan penyebaran video di media sosial yang mendakwa kononnya bencana banjir di Hulu Terengganu disebabkan aktiviti pembalakan haram.

“Kita telah mendapat aduan berhubung penyebaran dakwaan terbabit. Siasatan mendapati ia merupakan berita palsu.

“Tiada sebarang aktiviti pembalakan haram berlaku di sekitar Empangan Kenyir seperti didakwa,” katanya ketika ditemui selepas meninjau kesan banjir di Air Putih di sini hari ini.

Jelas beliau, sisa kayu yang dipaparkan dalam video terbabit merupakan timbunan kayu mati.

Katanya, individu yang didapati menyebar berita palsu ini boleh diambil tindakan dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia1998. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI