fbpx

Tak sempat kemas barang alasan enggan pindah PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan banjir di Kampung Teluk Jering, Tumpat yang semakin surut hari ini. /FOTO ROHANA MOHD. NAWI

TUMPAT – Lebih 100 penduduk di Kampung Ana, Kampung Berok dan Kampung Telok Jering di sini menjadikan alasan tidak sempat mengemas barang rumah untuk tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) meskipun banjir sudah dinaiki air setinggi dua meter.

Selain itu, penduduk mendakwa tiada pasukan penyelamat yang tampil untuk membantu mereka yang terperangkap di dalam rumah.

Seorang penduduk Kampung Ana, Kasmawati Abdullah, 56 mendakwa, mereka tidak mendapat sebarang bantuan meskipun rumah penduduk sudah dinaiki air sejak empat hari lalu.

“Saya sendiri tidak menerima sekarang bantuan makanan. Kami juga tidak boleh keluar membeli barang keperluan kerana terperangkap dengan banjir.

“Apabila banjir sudah surut hari ini, baru ada pihak yang datang bertanya keadaan kami di sini,” katanya ketika ditemui Kosmo hari ini.

Menurut Kasmawati, segelintir penduduk yang sempat mengemas barang, mereka telah berpindah ke PPS meskipun aliran banjir dari Rantau panjang turun cepat ke kawasan daerah ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tumpat, Wan Baijuri Wan Hassan berkata, paras banjir di Kampung Telok Jering, Kampung Jal Besar dan Kampung Ana sudah menurun, namun masih ada kawasan yang digenangi air.

Katanya, anggota bomba sentiasa menjalankan pemantauan di beberapa kawasan yang terjejas banjir untuk memberi bantuan kepada penduduk yang mahu berpindah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI