fbpx

Perak FC lunas gaji Isnin depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Perak FC dilaporkan tidak menerima sebarang gaji sejak awal tahun ini.

IPOH – Perak FC berjanji menyelesaikan isu pembayaran gaji sehingga 7 Mac ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, (CEO), Muhammad Yunus Zakariah dalam kenyataannya hari ini menyatakan bahawa pihak pengurusan akan membuat pembayaran itu selewat-lewatnya pada 7 Mac.

Muhammad Yunus membuat kenyataan itu berikutan isu itu tular di media sosial bahawa pemain tidak menerima gaji selama dua bulan.

“Saya minta pemain bersabar sehingga 7 Mac. Kita akan bayar gaji seperti yang dinyatakan dalam kontrak masing-masing,” katanya..

Katanya kelab telah menjamin pembayaran gaji kepada bekas pemain import sebelum akhir bulan April.

“Ia sebulan sebelum jendela perpindahan yang kedua.

“Bagaimanapun jaminan sedemikian tidak diberikan kepada pemain tempatan sedia ada,” katanya.

Menurtnya kelab bercadang untuk menyelesaikan semua tunggakan kepada pemain sedia ada, atau sekurang-kurangnya bayaran bulan pertama terlebih dahulu.

Mengenai jersi rasmi pasukan, Yunus berkata penaja jersi masih kekal Lotto, walaupun pelbagai spekulasi telah dibuat di media sosial.

“Seperti yang diumumkan dalam forum peminat pada 5 Januari lalu, jersi pasukan untuk beberapa perlawanan yang pertama adalah menyamai jersi yang dipakai semasa perlawanan pra-musim.

“Jersi rasmi pasukan Perak untuk musim 2022 yang akan dijual kepada para peminat akan diperkenalkan dalam bulan April atau Mei,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI