fbpx

Nadiyah Shahab positif Covid-19, demam teruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NADIYAH SHAHAB

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan jelita, Nadiyah Shahab memasuki senarai terbaharu selebriti tanah air yang dijangkiti wabak maut, Covid-19.

Nadiyah atau nama sebenarnya, Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab memaklumkan, nenek dan datuknya juga disahkan positif namun keadaan mereka stabil serta tidak membimbangkan.

“Terima kasih semua untuk semua kata-kata semangat dan doa. Nenek dan datuk saya pun positif tetapi keadaan mereka lebih baik. Tiada lagi demam, hanya batuk.

“Hanya saya seorang yang demam sekarang dan keadaannya agak teruk,” ujar Nadiyah, 31.

Dalam pada diuji dengan virus berkenaan dan kini sedang menjalani kuarantin, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Lafazkan Kalimah Cintamu itu memikirkan tentang kebajikan kucing peliharaan kesayangannya, Mushy dan Fluffy.

“Fikir tentang Mushy dan Fluffy membuatkan saya ingin sembuh dengan segera. Saya sangat-sangat merindukan mereka. Adakah mereka akan lupakan saya kalau saya ‘hilang’ untuk dua minggu?.

“Setiap hari Ben (suami) hantar video tidak terkira Mushy dan Fluffy untuk memberi saya semangat,” kata pengarah urusan jenama Absolut tersebut.

Terdahulu, ramai selebriti tanah air mendedahkan diri mereka dijangkiti Covid-19 disebabkan penyebaran varian Omicron antaranya, Datuk Aaron Aziz, Datuk Aishah dan Datin Elvina Mohamad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI