fbpx

Iman Troye tersingkir, tapi vokal dipuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IMAN TROYE

SEBELUM ini, mutu vokalnya sering menjadi bahan ejekan dan dipandang rendah ramai, namun segala-galanya telah berubah.

Sejak Iman Troye diumumkan tersingkir daripada program The Masked Singer Malaysia (TMSM), ramai pula yang sedih kerana penyanyi itu tidak dapat meneruskan ‘tipu sunatnya’ sebagai Aiskrim Roti.

Kebanyakan penonton program tersebut berpendapat Iman tidak sepatutnya disingkirkan terlalu awal kerana tidak puas mendengar suaranya yang merdu.

“Dia terbaik. Lagu Kamelia nyanyian Iman akan sentiasa melekat di hati,’ komen seorang netizen.

“Bagus rupa-rupanya suara dia, cuma selama ini tidak nampak kekuatan vokalnya. Bila menyanyikan lagu orang, baru terserlah kehebatannya,” puji seorang peminat wanita.

Majoriti komen yang dilontarkan bukan lagi berbaur negatif, sebaliknya memuji tahap vokal Iman.

Tidak sia-sia Iman jadi peserta TMSM, sekali gus dapat membuktikan kemampuan dirinya yang selama ini sering dikecam. Jadi, adakah bakat Iman tidak akan dipertikaikan lagi selepas ini?

MIZZ LAHAR: Tak pelik, tetapi setiap hari rasa macam Covid-19 tak pandai relaks ke sekejap, setiap masa ada sahaja artis update status kata positif.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI