fbpx
Seorang kanak-kanak mengayuh basikal di kawasan rumahnya yang masih dinaiki air di Kampung Bakong, Pasir Mas semalam. FOTO ZULHANIFA SIDEK

Hanya Pasir Mas, Tumpat masih terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan semakin menurun apabila seramai 8,107 orang mangsa masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah hari ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jumlah itu menunjukkan penurunan berbanding petang semalam dengan seramai 8,851 orang ditempatkan di 27 buah PPS ketika itu.

Setakat pukul 10 pagi ini, hanya dua daerah terjejas banjir iaitu Pasir Mas dengan 7,415 orang mangsa dan 692 orang di Tumpat yang melibatkan sebanyak 2,664 buah keluarga.

PPS di Pasir Puteh yang menempatkan 42 orang mangsa banjir semalam telah ditutup sepenuhnya hari ini.

Sementara itu, menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca di kebanyakan daerah di Kelantan diramal semakin baik hari ini dengan hujan dijangka hanya berlaku di beberapa kawasan sahaja. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN