fbpx

Grealish ambil inspirasi gol Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GREALISH (kanan) meledak gol kedua City ketika mereka berjaya menewaskan Peterborough pada aksi pusingan kelima Piala FA awal pagi semalam. – AFP

LONDON – Pemain tengah Manchester City, Jack Grealish ­me­ng­akui jaringan sulungnya di pentas Piala FA awal pagi semalam berinspirasikan daripada pemain terbaik dunia, Lionel Messi.

Pada aksi pusingan kelima ­Piala FA awal pagi semalam, Riyad Mahrez terlebih dahulu membuka jaringan sebelum Grea­lish meledak gol kedua City untuk memastikan kemenangan 2-0 ke atas Peterborough United sekaligus mengesahkan tempat ke suku akhir.

“Sebelum perlawanan, perkara melucukan adalah apabila saya duduk di sebelah Phil (Foden) dan kami menonton ­vi­deo Messi.

“Selepas saya menjaringkan gol, Phil datang kepada saya dan berkata jaringan itu seakan sama dengan apa yang disaksikan sebelum perlawanan,” katanya.

Pada perlawanan itu juga, bintang pertahanan dari Ukraine, Oleksandr Zinchenko dilantik sebagai kapten dan ini adalah penampilan pertamanya sejak negara itu diserang oleh Rusia.

Pengendali City, Pep Guar­diola yakin semua orang khususnya penyokong kedua-dua pasukan menaruh harapan yang segala kemelut dapat ditamatkan de­ngan kadar segera.

“Kami buat keputusan untuk memberikan lilitan kapten kepada Zinchenko. Pastinya sekarang adalah tempoh yang sukar buatnya ketika seluruh rakyat Ukraine berada dalam ketakutan.

“Semoga mimpi ngeri perlu diselesaikan secepat mungkin. Tidak hanya peminat kami, penyokong di Peterborough juga begitu mengalu-alukannya,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI