fbpx

Fazura nafi Fattah pemalas tak ‘drive’ kereta sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAZURA mengakui lebih suka memandu sendiri berbanding mengharapkan orang lain walaupun suami sendiri.

PETALING JAYA – Pelakon dan usahawan Nur Fazura menangkis dakwaan segelintir netizen yang melabel suaminya, Fattah Amin seorang lelaki pemalas.

Menerusi muat naik sebuah video dalam Instagram, perkara tersebut dibangkitkan peminat yang mempersoalkan mengapa Fazura yang memandu kereta kerana sepatutnya tugas berkenaan selalunya dilakukan lelaki bergelar suami.

“Tak. Okey sebab mengapa saya suka pandu kereta (sendiri) adalah kerana, kalau orang lain yang ‘drive’, saya akan pening.

“Jadi, saya memang tak suka orang lain drive dan sebab itu saya tiada pemandu apa semua. Memang saya suka ‘drive’ sendiri.

“Dan, saya memang saya suka ‘drive quite fast’ (agak laju),” ujar Fazura atau nama lengkapnya, Nur Fazura Sharifuddin dalam video yang turut dimuat naik dalam TikTok Fattah Amin.

Dalam pada itu, menerusi video sama, Fazura mendedahkan ciri-ciri lelaki yang boleh dijodohkan dengan anak kesayangannya, Nur Fatima Aisya apabila sudah dewasa nanti.

“Teman lelaki Fatima nanti kerana sangat bersifat protektif. Sayang dia seadanya, bukan sebab apa-apa pun.

“Dan, sudah tentu kena berimanlah orang kata kan,” ujar Fazura yang kemudian disambut dengan balas kata Fattah mengatakan masih terlalu awal untuk bercakap tentang jodoh puteri mereka.

Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Fatima Aisya yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI