fbpx
PENGGUNA yang terbeban hutang terpaksa mengikat perut dan meminjam untuk melunaskan pinjaman. – GAMBAR HIASAN

Tawaran menarik, mudah daftar tarik minat pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tawaran menarik tanpa faedah dan pendaftaran mudah menjadi tarikan kepada pengguna untuk menggunakan kaedah beli dahulu, bayar kemudian.

Pakar Ekonomi, Mohammad Noorizzuddin Nooh berkata, faktor lain ialah pengendali platform e-dagang mengenakan pembayaran secara jelas tanpa caj tersembunyi berbanding penggunaan kad kredit.

“Tawaran seperti ini membuatkan pengguna bebas ber­belanja secara berlebihan sehingga terbeban dengan hutang,” katanya ketika dihubungi.

NOORIZZUDDIN

Menurut Noorizzuddin, skim tersebut menjadi tarikan kepada dua golongan iaitu pengguna baharu tanpa kad kredit dan tiada sejarah pinjaman selain mereka yang disenarai hitam.

Tambahnya, bagi golongan yang mampu dan mempunyai pendapatan kukuh, mereka lebih gemar membayar secara terus berbanding skim tersebut.

“Ada lima panduan yang perlu dilihat oleh pengguna sebelum mereka memilih skim tersebut iaitu faham kemampuan, kesan atau risiko, kenal pasti caj serta faedah selain memahami kontrak dan tempoh bayaran,” katanya.

Ujar Noorizzuddin, proses memulangkan barang yang tidak mampu dibayar menjadi rumit serta platform tersebut mungkin tidak akan bertanggungjawab ke atas kos pembelian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN