fbpx

21 balai polis, pos PGA Pantai Timur terjejas banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (kiri) sedang mencuci kesan lumpur akibat banjir di Balai Polis Manir, Kuala Terengganu hari ini.

KUALA NERUS – Banjir besar yang melanda Terengganu dan Kelantan sejak Jumaat lalu telah menjejaskan 10 balai polis dan 11 pos Polis Gerakan Am (PGA) di kedua-dua negeri terbabit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Razarudin Husain berkata, empat balai polis yang terjejas di Terengganu ialah Manir di sini; Kuala Jengal dan Pasir Raja, Dungun dan Air Putih, Kemaman.

Beliau berkata, di Kelantan pula, ia melibatkan Rantau Panjang, Bakong, Jeram Perdah, Kuala Jambu, Simpangan dan Meranti.

“Sebanyak 11 Pos PGA terjejas iaitu Terusan, Salleh Berek, Pok Teh Kana, Pak Antah, Serongga, Ibrahim Pencen, Kaloi, Wakaf Zin, Pulau, Kubang Pak Hitam dan Mek Gombak.

“Begitupun, tiada aset-aset penting terjejas kerana telah dipindahkan awal-awal di tempat selamat pada permulaan musim tengkujuh,” katanya ketika meninjau kerja-kerja pasca banjir di Balai Polis Manir di sini hari ini.

Razarudin berkata, kerosakan melibatkan infrastruktur dan premis balai dan pos terlibat akan dinilai selepas banjir surut sepenuhnya.

Tambah beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga akan menimbang keperluan untuk mencadangkan lokasi baharu buat balai polis berisiko terletak di tepi sungai seperti Balai Polis Manir.

“Kita juga telah mengarahkan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) menghulurkan bantuan pasca banjir ke negeri-negeri terjejas banjir pada masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI