fbpx

Prestasi Barcelona semakin melonjak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DEMBELE (kanan) meledak dua gol ketika membantu Barcelona mencatat kemenangan 4-0 ke atas Bilbao awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez memuji impak yang dipamerkan oleh pemain sayap, Ousmane Dembele dalam membantu pa­sukannya melakar kemenangan bergaya 4-0 ke atas Athletic Bilbao pada aksi La Liga awal pagi semalam.

Pada saingan tersebut, skuad The Catalans tidak mempu­nyai masalah untuk meraih tiga mata penuh dengan jaringan hasil ledakan Pierre-Emerick Aubameyang sebelum Dembele meledak gol kedua dan mencipta peluang jaringan buat Luuk De Jong dan Memphis Depay.

Kata Xavi, pemain antarabangsa Perancis itu ternyata berada dalam kelas tersendiri meskipun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian pada babak kedua, tetapi itu tidak menjejaskan motivasinya untuk berikan sumba­ngan terbaik buat pasukan.

“Saya dapat lihat Dembele semakin menunjukkan komitmen yang tinggi buat pasukan dan jika dia berada dalam tahap kecergasan terbaik, dia boleh dianggap sebagai salah seorang pemain terbaik dunia di posisi tersebut.

“Apa yang pasti, saya mahu dia terus positif selepas mencorakkan jentera serangan pasukan untuk membantu menambah tiga gol pada babak kedua.

“Mengenai kontraknya yang akan berakhir penghujung musim ini, saya anggap itu adalah urusan peribadinya bersama pihak pengurusan kerana bagi saya, apa yang penting prestasi di atas padang,” katanya.

Sementara itu, Xavi turut memuji impak Pedri yang dianggap sebagai jeneral di posisi tengah dengan mempamerkan corak permainan persis bekas legenda Barcelona, Andres Iniesta.

“Pedri mengingatkan saya dengan Iniesta dan ketika ini, saya tidak lihat mana-mana pemain remaja yang memiliki bakat sepertinya,” kata Xavi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI