fbpx

Polis buru dua lelaki lakukan rompakan bersenjata di Mentakab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TEMERLOH – Polis giat memburu dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rompakan bersenjata di sebuah rumah di kawasan perumahan Mentakab dekat sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusoff berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu suspek didapati bersenjatakan parang dan memakai topi keledar serta pelitup muka.

“Berdasarkan siasatan awal dalam kejadian itu suspek telah melarikan wang tunai dan barang kemas dengan anggaran kerugian RM10,000.

“Polis sedang mengesan suspek dan meminta kerjasama orang awam supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan siasatan giat dilakukan bagi mengesan suspek.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa memastikan langkah-langkah keselamatan seperti memastikan pintu dan tingkap rumah dikunci dengan baik.

Kataya, orang ramai juga disaran menambah ciri-ciri keselamatan seperti memasang kamera litar tertutup dan tidak menyimpan barangan berharga di dalam rumah bagi mengelakkan kejadian jenayah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI