fbpx

Kekacauan atmosfera punca bah besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesan kayu hanyut yang dibawa kepala air di Kampung Belukar Bukit, Hulu Terengganu semalam. PUQTRA HAIRRY

KUALA TERENGGANU – Banjir besar hujung musim tengkujuh yang menjejaskan lebih 22,000 penduduk di Terengganu dan Kelantan sejak Jumaat lalu berpunca daripada kekacauan atmosfera disebabkan lekukan Borneo Vortex dan ayunan Madden-Julian Oscillation (MJO).

Penyelidik Meteorologi Fakulti Sains dan Sekitaran Sains, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Chung Jing Xiang berkata, kebiasaannya, lekukan Borneo Vortex yang membawa angin tekanan rendah hanya berlegar di sekitar Sabah dan Sarawak pada hujung bulan Februari.

“Begitupun, lekukan tropika itu didapati telah melepasi Lautan China Selatan dan menghampiri perairan Terengganu dan Pahang pada 25 Februari lalu (Jumaat) sebelum mendarat di selatan negeri ini (Kemaman) pada keesokan harinya.

“Tekanan angin rendah itu telah mencetuskan taburan hujan yang sangat lebat di Pantai Timur sehingga menyebabkan paras sungai utama mencapai paras bahaya sekali gus lalu terjadinya banjir besar di sesete­ngah tempat di kedua-dua negeri itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

JING XIANG

Jing Xiang berkata, walaupun lekukan Borneo Vortex secara normalnya berada di kepulauan Borneo, ia tidak mustahil kadangkala bergerak menghampiri negeri-negeri di Pantai Timur menerusi Laut China Selatan.

Berita berkaitan: Bencana bah Februari jarang berlaku

Tambah beliau, selain itu, fenomena ayunan Madden-Julian Oscillation (MJO) fasa tiga dan empat yang terjadi pada tempoh sama juga menjadi pemangkin kepada taburan hujan terlampau tinggi di Terengganu dan Kelantan pada hujung ming­gu lalu.

“MJO mewujudkan pusat perolakan atmosfera berskala besar di kawasan kita (Pantai Timur) sekali gus mencetuskan hujan lebih tinggi daripada kebiasaan.

“Selain itu, kita juga tidak boleh menolak kemungkinan perubahan iklim global turut menyebabkan banjir hujung monsun Timur Laut yang jarang berlaku ini,” katanya.

Jing Xiang berkata, kajian mendapati perubahan iklim yang sedang melanda dunia sekarang meningkatkan potensi kekerapan cuaca ekstrem seperti berlaku di Pantai Timur pada masa ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI