fbpx

Calon SPM tekad belajar dalam banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan sesi pembelajaran yang sedang berlangsung dalam situasi banjir.

PETALING JAYA – Walaupun kawasan sekolah dan tempat tinggal dilanda banjir, namun ia bukan penghalang bagi beberapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 di negeri pantai timur untuk terus mendapatkan ilmu dalam menghadapi peperiksaan pada esok hari.

Bak kata pepatah Melayu, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pelajar di media sosial, memaparkan sesi pembelajaran yang sedang berlangsung dalam situasi air separas lutut.

Dalam pada itu, dia sempat memuat naik kapsyen memberitahu mereka tetap meneruskan sesi ulangkaji walaupun dalam keadaan banjir kerana peperiksaan SPM sudah hampir.

Sementara itu, rakaman tersebut juga memperlihatkan seorang tenaga pengajar yang sedang menerangkan beberapa perkara di papan tulis sambil difahami oleh pelajar-pelajar lain.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut memberi pelbagai reaksi dan memuji semangat pelajar-pelajar tersebut yang berjuang untuk peperiksaan akan datang.

Selain itu, rata-rata daripada mereka turut mendoakan serta mengucapkan selamat maju jaya kepada calon-calon SPM terutamanya di negeri yang sedang dilanda banjir agar urusan mereka dipermudahkan.

“Selamat maju jaya untuk SPM abang, semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM,” ujar Muhammad Hidayat.

“Kerasnya usaha menghasilkan manisnya kejayaan,” kata @blontos420.

“Biarpun banjir, ilmu harus dicari,” seloroh @Orang Kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI