fbpx

Sudahlah sakit saraf Aaron Aziz kini positif Covd-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AARON AZIZ

PETALING JAYA – Pelakon, Datuk Aaron Aziz yang menjalani kuarantin kendiri di rumah selepas disahkan positif Covid-19 memaklumkan keadaan kesihatannya tidak membimbangkan.

Katanya, dia mungkin mendapat jangkitan virus berkenaan di set penggambaran selepas seorang demi seorang pelakon yang bekerja bersamanya jatuh sakit.

“Ia bermula dari set (penggambaran). Pertama sekali, pelakon lain kena dan kemudian tersebar. Saya pun tidak mengalami simptom teruk.

“Cuma sewaktu berada di set tadi, seorang artis lain mengalami sakit tekak dan disahkan positif. Semalam (kelmarin), kami jalani penggambaran bersama dan saya jadi kontak rapat,” katanya.

Bintang KL Gangster berkenaan memaklumkan perkembangan kesihatan terkininya menerusi hantaran Instagram.

Bersama kapsyen panjang, Aaron turut menyertakan video alat ujian saringan kendiri Covid-19 yang menunjukkan keputusan positif dengan dilatari bacaan ayat suci al-Quran.

“Selain memang sudah sakit akibat penyakit saraf yang saya alami, kini dijangkiti Covid-19 pula. Saya cuma kuarantin di rumah.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan, lindungi isteri dan anak-anak serta orang kuat yang selalu berada di sebelah ke mana-mana saya pergi,” tulisnya lagi.

Perkahwinan aktor asal Singapura itu dengan Datin Diyana Haliq dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Danish Anaqi, 18, Dwi Ariana, 16, dan Dahlia Arissa, 12 tahun.

Seperti dikongsikan, keputusan ujian kit kendiri isteri dan anak-anaknya bagaimanapun negatif.

Terdahulu, Aaron yang sudah lebih sedekad mengalami masalah saraf tulang belakang tersepit hingga bergantung kepada pil penahan sakit turut berdepan sejenis tumor.

Ketumbuhan yang sering membuatkan dirinya jatuh sakit itu sepatutnya segera dibedah namun ditangguhkan bagi melangsaikan beberapa kerja yang sudah dipersetujui lebih awal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI