fbpx
RAMAI peminat mendoakan rumah tangga yang dibina Syura buat kali kedua berkekalan sampai syurga.

Comelnya Syura, suami menari TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK mendirikan rumah tangga pada Januari lalu, Syura nampaknya semakin terbuka dan aktif berkongsi video bersama suami tercinta dalam TikTok.

Baru-baru ini, video memaparkan aksinya menyahut cabaran TikTok menari lagu Pamela bersama suami Muhd Farizat Ismail mencuri perhatian.

“Video TikTok pertama bersama suami,” tulis pelantun lagu Bakawali itu.

Gelagat comel pasangan itu mendapat pujian, malah amai turut mendoakan perkahwinan kedua Syura kekal hingga ke akhir hayat.

“Alahai, comelnya Syura dan suami. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga,” komen seorang netizen.

Video tersebut meraih lebih 320,000 tontonan dan 9,700 tanda suka daripada peminat.

POPULAR