fbpx

Malaysia, Thailand setuju benarkan aktiviti rentas sempadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
mail Sabri (kiri) dan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha ketika bercakap pada sidang akhbar di Government House, Krung Thep Maha Nakhon, Thailand hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan telah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-Cha untuk membenarkan semula aktiviti rentas sempadan di antara kedua-dua negara.

Ismail Sabri berkata, beliau dan rakan sejawatnya itu telah bersetuju agar perbincangan di peringkat agensi dapat digiatkan untuk membuka semula sempadan dalam masa terdekat melalui skim Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL) atau Test & Go bagi Thailand.

“Sebagai permulaan kita boleh melaksanakan VTL-Udara di antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi dan kita juga akan mempertimbangkan untuk menambah destinasi-destinasi yang lain di masa akan datang.

“Skim VTL juga akan diperkembangkan untuk pembukaan sempadan darat melalui Bukit Kayu Hitam-Sadao serta termasuk semua Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) di Utara Semenanjung dan Selatan Thailand serta VTL-Laut antara Langkawi-Satun,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Thailand di Government House, Krung Thep Maha Nakhon, Thailand hari ini.

Jelas beliau, perbincangan yang dilakukan turut menyentuh tentang projek kesalinghubungan Malaysia dan Thailand iaitu pembinaan Jajaran Jalan bagi menghubungkan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam dan CIQ Sadao.

“Selain itum pembinaan jambatan persahabatan kedua merentasi Rantau Panjang – Sungai Golok dan jambatan baharu untuk Pengkalan Kubor – Tak Bai turut dibincangkan untuk disegerakan.

“Kami berdua bersetuju agar agensi berkaitan dapat menyegerakan pembinaan projek-projek ini bagi kelancaran pergerakan rakyat dan barang-barang di antara kedua-dua negara,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, Kerjasama Malaysia dan Thailand akan dipertingkatkan lagi di bawah kerangka Gagasan Kerjasama Segitiga Pertumbuhan Indonesia Malaysia Thailand (IMT-GT) melalui pelaksanaan Projek Kesalinghubungan Fizikal (PCP).

“Wawasan IMT-GT 2036 juga bakal direalisasikan menerusi kepentingan kerjasama dalam Pertanian dan Industri Asas Tani, Pelancongan serta Produk dan Perkhidmatan Halal.

“Mengenai keanggotaan Malaysia, Indonesia dan Thailand dalam International Rubber Council (ItRC), saya turut membangkitkan cadangan penawaran bekalan getah dalam negara masing-masing dikawal agar dapat memberi manfaat kepada negara anggota selain memanfaatkan pekebun-pekebun kecil getah,” ujar beliau.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI