fbpx

Lebih 100,000 kanak-kanak Thailand dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURURAWAT memberikan suntikan vaksinasi Covid-19 kepada seorang kanak-kanak di Hospital Pattani pada 7 Februari 2022. – AFP

BANGKOK – Kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak di Thailand meningkat dengan lebih 100,000 golongan itu yang berusia lima tahun dan ke bawah dijangkiti koronavirus sejak pandemik bermula, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pada bulan lalu, kira-kira 1,000 kanak-kanak bawah usia enam tahun disahkan positif Covid-19 ketika varian Omicro terus menular di rantau Asia. 

Angka tersebut bagaimanapun meningkat minggu lepas kepada 6,000 kanak-kanak dalam lingkungan umur tersebut, demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Thailand.

Menurut data rasmi kerajaan  dari April 2021 hingga Februari tahun ini, sebanyak 107,059 kanak-kanak di Thailand telah dijangkiti virus Covid-19. 

Angka tersebut  menyumbang sebanyak lima peratus daripada hampir dua juta kes Covid-19 yang dicatatkan di Thailand melibatkan semua kategori.

Daripada jumlah 107,059 tersebut, seramai 29 pesakit kanak-kanak telah meninggal dunia. 

Kebanyakan daripada mereka dilaporkan mendapat jangkitan daripada ahli keluarga masing-masing.

Susulan perkembangan tersebut, pegawai-pegawai kesihatan di Thailand menasihati penduduk untuk melengkapkan penilaian risiko bagi melindungi kumpulan-kumpulan rentan iaitu yang mempunyai masalah kesihatan, wanita hamil, warga emas dan kanak-kanak. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI