fbpx

31,199 kes Covid-19, tertinggi sejak pandemik Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Negara merekodkan kes jangkitan harian Covid-19 melebihi angka 30,000 dengan 31,199 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,283,825 kes.

Angka tersebut adalah yang tertinggi dicatatkan sejak pandemik Covid-19 melanda negara malah sepanjang tahun lalu, Malaysia tidak pernah merekodkan jangkitan harian Covid-19 melebihi 30,000.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada jumlah kes harian dilaporkan semalam, sebanyak 119 kes adalah kes import.

“Mengikut pecahan negeri-negeri, kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (7,775 kes), Sabah (3,970 kes), Kedah (2,670 kes), Pulau Pinang (2,575 kes), Johor (2,269 kes), Kuala Lumpur (2,157 kes) dan Kelantan (2,130 kes).

“Seterusnya, Negeri Sembilan (1,997 kes), Pahang (1,555 kes), Perak (1,203 kes), Terengganu (770 kes), Melaka (600 kes), Labuan (498 kes), Sarawak (419 kes), Perlis (303 kes) dan Putrajaya (189 kes),” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, terdapat 55 kes kematian dilaporkan dengan jumlah kematian terkini sebanyak 32,488 kes manakala, sebanyak 23 kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,629 kes.

Sebanyak 277,829 kes aktif dilaporkan melibatkan 265,339 kes dikuarantin di rumah, 4,460 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 7,725 kes di hospital, 114 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 191 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI