fbpx

Wanita larikan Toyota Hilux didakwa empat pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang remuk selepas dilarikan seorang wanita dalam kejadian di Kota Kinabalu baru-baru ini. -Foto: Ihsan Polis.

KOTA KINABALU – Seorang wanita yang sebelum ini tular ekoran cuba melarikan sebuah kenderaan curi pada minggu lalu berdepan empat pertuduhan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu hari ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Martini Abdul Ghani, 35, sewaktu semua pertuduhan dibacakan ke atasnya menerusi prosiding yang dijalankan secara dalam talian menerusi aplikasi Zoom di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles.

Tertuduh bagi pertuduhan pertama, antara pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi pada 14 Februari lalu di Jalan Sepanggar, dituduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap empat anggota polis selaku penjawat awam dengan niat menghalang mereka menjalankan tugas mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Dalam pertuduhan kedua pula, wanita berkenaan didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan ekoran melakukan kesalahan mencuri sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux berwarna hitam kira-kira pukul 8.30 pagi pada 12 Februari lalu di kawasan Segama, Kota Kinabalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan ketiga, tertuduh pada 14 Februari lalu antara pukul 10 pagi hingga 11.30 pagi di Jalan Sepanggar, di sini, didakwa memandu kenderaan terbabit secara melulu tanpa mengambil kira keadaan jalan dan bahaya kepada orang awam mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Manakala pertuduhan terakhir, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif terhadap dadah jenis methaphetamine.

Mahkamah menetapkan 11 dan 18 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi pertuduhan pertama sehingga ketiga manakala sebutan semula kes untuk pertuduhan keempat ditetapkan pada 21 April depan.

Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan bagi setiap pertuduhan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI