fbpx

Kegagalan skuad B-23 salah FAM, MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEONG KIM menegaskan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi tidak sistematik menjadi salah satu faktor barisan pemain muda negara ‘lemau’ di peringkat antarabangsa.

BEKAS Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berharap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bertanggungjawab atas kegagalan skuad bawah 23 (B-23) negara pada kempen Piala AFF B-23 di Kemboja kali ini.

Sebagai rekod, skuad muda Harimau Malaya kendalian Brad Maloney telah mempamerkan prestasi hambar apabila terkandas di peringkat Kumpulan B selepas tewas dua kali kepada Laos.

Lebih mengecewakan, skuad B-23 negara gagal menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir terutama apabila dua negara iaitu Myanmar dan Indonesia telah menarik diri daripada saingan Kumpulan B ekoran pandemik Covid-19.

Kata Teong Kim, kegagalan FAM dan MFL dalam memastikan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi berjalan dengan berkesan menjadi salah satu faktor utama barisan pemain muda negara ‘lemau’ di pe­ringkat antarabangsa.

“Saya sudah banyak kali kata, jika FAM dan MFL tidak mengambil tanggungjawab mereka untuk menjalankan liga remaja, jangan harap bola sepak Malaysia akan maju.

“Pembangunan seseorang pemain mestilah melalui proses di peringkat akar umbi yang sistematik. Perkara ini tidak ada di Malaysia.

“Namun, situasi bola sepak kita yang tidak membenarkan pemain remaja untuk maju dan kita tidak boleh salahkan mereka kerana yang salah ialah FAM dan MFL.

“Mereka seharusnya menyediakan landasan untuk pembangunan bola sepak di Malaysia. Pemain-pemain yang beraksi menentang Laos tidak boleh disalahkan kerana proses pembangunan FAM yang tiada sistem teratur.

“FAM memerlukan pemimpin yang mempunyai kualiti dalam memimpin, bukan seperti badut,” katanya dalam satu ke­nyataan menerusi laman sosial Instagram semalam.

Mengulas lanjut, bekas pemain skuad kebangsaan itu turut menyeru agar peraturan menggunakan pemain import pada pasukan pembangunan (feeder) dihapuskan.

“Pasukan pembangunan yang beraksi pada Liga Premier tidak boleh ada pemain import. Apa yang perlu dilakukan ialah liga remaja, pemain import hanya perlu menggunakan tiga pemain bagi pasukan Liga Super dan Liga Premier,” katanya.

Terdahulu, skuad muda negara telah tewas 1-2 kepada Laos pada aksi pertama, Jumaat lepas selain mensia-siakan peluang kebangkitan apabila tewas 0-2 kelmarin.

Selepas kejohanan Piala AFF B-23, skuad muda negara mengalihkan tumpuan untuk tiga lagi tugasan penting iaitu Sukan SEA 2020, Piala Asia B-23 di Uzbekistan dan Sukan Asia di China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI