fbpx

Itu video lama kejadian keracunan gas, bukan angkara vaksin – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran palsu dan pautan berita berhubung kejadian keracunan gas terbabit.

PETALING JAYA – Orang awam diminta untuk tidak menyebarkan maklumat palsu berhubung video lama berkaitan kejadian keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019.

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Twitter rasminya berkata, video tersebut ditularkan semula oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa ia berpunca daripada vaksin.

“KKM ambil maklum bahawa terdapat penyebaran video palsu yang menyatakan pelajar-pelajar mengalami reaksi selepas divaksinasi.

“Untuk makluman, video tersebut adalah video lama berkaitan kejadian keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang Johor pada tahun 2019,” katanya di sini hari ini.

Video tersebut dikesan telah tular di aplikasi WhatsApp dengan dakwaan pihak KKM menyembunyikan apa yang berlaku di sekolah-sekolah di mana katanya ramai pelajar jatuh sakit selepas diberikan vaksin Covid-19.

Terdahulu, pada bulan Mac 2019, telah berlaku satu kejadian keracunan kimia kritikal di Pasir Gudang, Johor sehingga menyebabkan 27 buah sekolah diarah tutup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI