fbpx

Awas akaun palsu Kim Seon-ho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SEON-HO

‘KEPADA individu di luar sana yang menyamar menjadi aktor Kim Seon-ho dengan mewujudkan akaun palsu, ada amaran keras untuk anda.’

Demikian penegasan daripada agensi aktor itu, Salt Entertainment yang mengeluarkan kenyataan amaran berhubung penyamar yang mencipta akaun Instagram palsu artis mereka.

Penyamar terbabit menyamar menjadi Seon-ho, menghantar mesej dan memuat naik hantaran tidak betul tentang situasi pelakon itu.

“Situasi ini amat mengecewakan kerana maklumat tidak berasas sudah beredar dalam internet.

“Kami harap semua orang berhati-hati demi membendung masalah ini menjadi lebih serius. Kami juga menerima sebarang bentuk laporan berhubung kes ini,” ujarnya.

Salt Entertainment bagaimana tidak memperincikan tentang sejauh mana penyamaran tersebut telah menjejaskan nama dan reputasi Seon-ho.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI