fbpx

27,179 kes Covid-19; 172 kes kategori 3,4,5

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara merekodkan jangkitan Covid-19 sebanyak 27,179 kes semalam dengan 172 kes atau 0.63 peratus daripadanya melibatkan kategori tiga, empat dan lima.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, baki sebanyak 27,007 kes atau 99.37 peratus adalah kategori satu dan dua manakala, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 mencecah 3,273,958 kes.

Menurutnya, mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 7,792 kes (28.67 peratus), kategori dua sebanyak 19,215 kes (70.70 peratus), kategori tiga sebanyak 102 kes (0.37 peratus), kategori empat sebanyak 43 kes (0.16 peratus) dan kategori lima 27 kes (0.10 peratus).

“Daripada 172 kes kategori tiga, empat dan lima, 51 kes (29.65 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi, 91 kes (52.91 peratus) telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak dan 30 kes (17.44 peratus) telah menerima dos penggalak.

“Seterusnya, 67 kes (38.95 peratus) berumur 60 tahun dan ke atas, 93 kes (54.07 peratus) mempunyai komorbid dan enam kes (3.49 peratus) ibu mengandung,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, sebanyak 19,037 kes sembuh dilaporkan dengan jumlah kumulatif 2,974,441 kes serta 286 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 180 kes memerlukan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI