fbpx

PM Britain mansuh ujian percuma Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BORIS Johnson telah mengumumkan pelan bagaimana Britain akan hidup dengan Covid-19. - Getty Images

LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berjanji memberi kebebasan kepada rakyat ketika mengumumkan pelan bagaimana negara itu akan hidup dengan Covid-19, lapor akhbar Metro UK semalam.

Selepas dua tahun sekatan termasuk tiga penutupan negara, Johnson telah menghapuskan saki baki undang-undang terakhir yang direka untuk menghentikan penyebaran virus tersebut.

Bercakap di Dewan Rakyat, beliau menganggap detik itu sebagai penting selepas mengalami salah satu tempoh paling sukar dalam sejarah negara. 

Dalam pengumuman yang lebih terperinci, Johnson mengesahkan bahawa tidak lagi menjadi keperluan undang-undang untuk menjalani kuarantin kendiri selepas diuji positif Covid-19 mulai Khamis di Britain.

Sebaliknya, undang-undang berkenaan digantikan dengan panduan yang menumpukan terhadap tanggungjawab secara peribadi dan menekankan orang ramai supaya berhati-hati untuk tidak menjangkiti orang lain.

Pengesanan kontak juga akan dibatalkan manakala kerajaan akan menghapuskan peruntukan Covid-19 yang dilampirkan menerusi gaji sakit berkanun pada 24 Mac.

Beliau turut mengumumkan jadual untuk mengurangkan rangkaian ujian Covid-19 di Britain yang menelan belanja lebih £2 bilion (RM11.37 juta) sebulan. 

Kit ujian pantas Covid-19 tidak lagi akan ditawarkan kepada majoriti isi rumah secara percuma mulai 1 April. Bagaimanapun, kumpulan umur tertua dan mereka yang dikelaskan sebagai terdedah masih akan dibenarkan memesan kit ujian secara percuma.

Mulai tarikh yang sama, penggunaan sijil status koronavirus secara sukarela tidak lagi disyorkan walaupun aplikasi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) itu akan terus menghendaki orang ramai menyatakan status vaksinasi mereka untuk perjalanan antarabangsa.

Panduan untuk kakitangan dan pelajar dalam kebanyakan persekitaran pendidikan dan penjagaan kanak-kanak untuk menjalankan ujian asimtomatik dua kali seminggu turut dikeluarkan. 

Mereka yang berumur lebih 75 tahun akan diberi suntikan vaksin keempat pada musim bunga ini untuk meningkatkan perlindungan dalam menangani kenaikan risiko daripada perubahan yang diumumkan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI